24 Januari 2022 | Isnin | Majlis Perasmian Jambatan Kg. Pemberian, Kuala Krai, Kelantan
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan turut dihadiri bersama Timbalan Menteri KPLB 2.
Selaras dengan slogan ‘Luar Bandar Sejahtera’ dengan adanya infrastruktur jambatan baharu ini dapat memberi kemudahan kepada 2,000 penduduk Kampung Pemberian dan penduduk kampung sekitar. Jambatan besi sedia ada sering di tenggelami disebabkan limpahan dari Sungai Lebir ketika Monsun Timur Laut.
JKR KESEDAR selaku agensi pelaksana bersama pihak perunding dan kontraktor telah melalui pelbagai cabaran dan dugaan, limpahan air Sungai Lebir, keperluan penduduk setempat dan juga penularan Wabak Covid-19 telah berjaya ditempuhi dengan cemerlang bagi merialisasikan hasrat penduduk setempat bagi memiliki sebuah jambatan untuk memudahkan urusan harian dan paling utama keselamatan pelajar sekolah.





