Laporan pencapaian piagam pelanggan bagi Jabatan Kerja Raya Malaysia akan dikemaskini pada setiap sukuan tahun.
1. Pengurusan Projek
1.1 Fasa Prapembinaan
Tertakluk kepada syarat-syarat tiada masalah tapak, peruntukan yang mencukupi dan skop projek yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), JPM, fasa prapembinaan (perancangan hingga Surat Setuju Terima dikeluarkan) adalah dalam tempoh 12 hingga 15 bulan.
1.2 Fasa Pembinaan
| Projek | Kos dan Tempoh Pembinaan | |||
|---|---|---|---|---|
| a.
|
Pelan Piawai: Bangunan, Pangkalan Udara dan Maritim |
RM500 ribu ke bawah 15 bulan |
RM500 ribu – RM5 juta 24 bulan |
RM5 juta ke atas 36 bulan |
| b.
|
Pelan Piawai: Jalan dan Infrastruktur |
RM500 ribu ke bawah 9 bulan |
RM500 ribu – RM20 juta 24 bulan |
RM20 juta ke atas 36 bulan |
| c.
|
Projek Kompleks (Jalan, Cerun, Bangunan, Pangkalan Udara dan Maritim dll.) |
Disiapkan dalam tempoh dan kos yang dipersetujui bersama pelanggan |
||
2. Senggara Aset
2.1 Jalan
- Tindakan pembaikan sementara lubang-lubang (potholes) akan dilaksanakan dalam tempoh 1 hari dan tindakan pembaikan kekal akan dilaksanakan dalam tempoh 3 hari setelah aduan diterima
- Sekiranya berlaku keadaan yang mengganggu lalulintas atau keselamatan awam, seperti pokok tumbang atau tanah runtuh, tindakan akan diambil dalam tempoh 24 jam setelah dikenal pasti atau aduan diterima.
- Setiap penutupan berjadual akan diumumkan melalui media massa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum kerja-kerja dijalankan.
2.2 Bangunan
- Aduan kerosakan kritikal seperti kebocoran paip air, bumbung atau sistem kumbahan akan diambil tindakan dalam tempoh 1 hari.
- Tindakan pembaikan kerosakan biasa dalam tempoh 1 bulan.
2.3 Mekanikal
|
1 hari |
|
3 bulan |
|
3 minggu |
|
1 tahun |
|
1 tahun |
2.4 Elektrik
- Tindakan awal terhadap aduan kerosakan elektrik dan membuat penyiasatan kerosakan elektrik 1 hari
- Mengambil tindakan pembaikan kerosakan elektrik 7 hari
3. Khidmat Nasihat Teknikal
3.1 Kejuruteraan Cerun
a) Runtuhan cerun berimpak besar :
- Lawatan tapak hendaklah dibuat dalam tempoh 1 hari dari hari kejadian.
- Laporan awal disediakan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh lawatan tapak.
b) Runtuhan cerun berimpak kecil :
Syor pembaikan akan disediakan dalam tempoh berikut :
- Keadaan memerlukan penyiasatan tapak – 1 bulan selepas laporan penyiasatan tapak diperoleh.
- Keadaan yang tidak memerlukan penyiasatan tapak – 2 minggu dari tarikh lawatan tapak.
c) Ulasan teknikal Laporan Geoteknik daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disediakan dalam tempoh 1 minggu selepas lawatan dibuat.
3.2 Kejuruteraan Senggara
- Keputusan kelulusan pelupusan aset kerajaan diberikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan pengesyoran lengkap diterima.
- Mengemukakan ulasan terhadap permohonan pembangunan tepi jalan daripada Pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh 2 mingguselepas dokumen permohonan lengkap diterima.
3.3 Kejuruteraan Forensik
- Laporan awal berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal bagi kegagalan berimpak besar disediakan dalam tempoh 5 hari bekerjadan berimpak kecil dalam tempoh 2 minggu dari tarikh lawatan tapak.
- Laporan akhir berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal disediakan dalam tempoh 2 bulan selepas keputusan ujian dan pemantauan diterima.
- Laporan awal berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal berimpak besar dan berimpak kecil disediakan dalam tempoh 7 haribekerja dari tarikh lawatan tapak.
- Laporan akhir berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal disediakan dalam tempoh 2 bulan selepas keputusan ujian dan pemantuan diterima.
4. Pengurusan Aduan
4.1 Pengurusan Aduan di Bawah Tanggungjawab JKR
Tempoh tindakan diambil :
- Akuan penerimaan aduan 1 hingga 3 hari
- Maklum balas aduan 7 hari
- Penutupan aduan 45 hari
4.2 Pengurusan Aduan Bukan di Bawah Tanggungjawab JKR (No Wrong Door Policy)
- Akuan penerimaan aduan 1 hingga 3 hari
- Maklum balas aduan 7 hari
5. Pengurusan Kewangan
Memastikan bayaran bil dan invois dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima.

