Pada tanggal 19 Julai 2022, telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima dan Tandatangan Dokumen Kontrak kepada kontraktor NBS JITU ENTERPRISE bagi Projek Baik Pulih & Naiktaraf Jalan Perhubungan Termasuk Membina Jambatan Serta Lain-lain Kerja Yang Berkaitan Bagi Jajaran Menuju KOA Pos Gob, Gua Musang, Kelantan bertempat di Dewan Wawasan JKR KESEDAR.
Dalam majlis yang sama juga, Jurutera Awam Kanan (Selatan)JKR Kesedar telah menerima Surat Pelantikan Wakil Pegawai Penguasa bagi projek ini.





