JKR KESEDAR telah mengadakan Program Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2024 bertempat di Perkarangan Pejabat JKR KESEDAR yang berlangsung pada 28 Ogos 2024. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ir. Ramendra Loganathan,Pengarah JKR KESEDAR.
Program sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 bertujuan menyuburkan semangat patriotisme cintakan negara dalam kalangan kakitangan JKR KESEDAR serta menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan berasaskan aspirasi Malaysia MADANI menerusi inisiatif ‘Satu Rumah, Satu Jalur Gemilang’.
Gimik pelancaran program ini bermula dengan lambaian Jalur Gemilang dari kakitangan kemudian melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan Jabatan. Seterusnya, membuat pengagihan Jalur Gemilang kepada kenderaan awam yang melalui jalan di hadapan pejabat JKR KESEDAR.










