Sempena meraikan perpindahan mantan pengarah JKR KESEDAR, Ir. Ramendra Loganathan, persaraan kakitangan En. Che aziz bin Mustapha dan En. Ismail bin Ibrahim serta menyambut kedatangan pengarah baharu JKR KESEDAR, Ir. Rizalman bin Darus. Satu Majlis Selembar Kenangan Dan Salam Perkenalan telah diadakan pada hari Ahad, 27 Oktober 2024 bertempat di Dewan Wawasan JKR KESEDAR Tanah Merah.
Walaupun mantan pengarah, Ir. Ramendra Loganathan tidak dapat menghadiri majlis secara fizikal disebabkan kekangan kecederaan yang menimpa anaknya, beliau masih komited menghadiri majlis tersebut secara atas talian. Majlis tersebut berjalan dengan lancar dan meriah. Seluruh warga JKR KESEDAR mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan mantan pengarah dan kakitangan yang bersara serta mengalu-alukan kedatangan pengarah yang baharu.














