Mesyuarat Pra Pembinaan bagi projek Pembinaan Semula Bangunan Daif Di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1, Tanah Merah, Kelantan (DEA5417) telah diadakan pada 04 Februari 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JKR KESEDAR Tanah Merah, Kelantan.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Ir. Rizalman bin Darus, Pengarah JKR KESEDAR, selaku pegawai penguasa projek ini. Kontraktor dilantik adalah Mansashi Sdn. Bhd. yang akan memasuki tapak bina bermula 10 Februari 2025.
Mesyuarat tersebut telah diadakan secara hybrid. Pihak JKR dan kontraktor hadir secara bersemuka manakala HOPT dan HODT telah hadir secara maya.






