• Utama
  • PENGENALAN JABATAN
    • Perutusan Pengarah
    • Sejarah Jabatan
    • Pengarah Terdahulu
    • Objektif, Visi dan Misi
    • Logo JKR
    • Carta Organisasi
    • Direktori Staf
      • Pegawai Atasan
      • Pegawai Kanan
      • Pegawai & Kakitangan
    • Piagam Pelanggan
    • Anugerah / Pencapaian
  • PERKHIDMATAN
    • Perkhidmatan Utama
    • Arahan KPKR
    • Arahan Perbendaharaan
    • Spesifikasi Piawaian JKR Untuk Kerja Bangunan
    • Jadual Kadar Harga
    • Arahan Teknik-Cawangan Jalan
  • HUBUNGI KAMI

Perutusan Pengarah

Home Pengenalan Jabatan Perutusan Pengarah

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera & Salam Malaysia Madani

Selamat datang ke Laman Web Rasmi JKR LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (JKR KESEDAR). Sebagai agensi teknikal utama Kerajaan Malaysia, JKR diamanahkan untuk melaksanakan projek pembangunan di seluruh negara. Matlamat utama JKR adalah untuk memastikan peranan dan tanggungjawab jabatan ini berjalan dengan cekap dan berkesan demi mencapai visi, misi, dan objektif yang telah ditetapkan.

Dengan adanya laman web ini, JKR Kesedar berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik melalui maklumat terkini berkaitan aktiviti dan inisiatif jabatan. Melalui laman web ini, JKR KESEDAR menyediakan pelbagai maklumat untuk tiga (3) kumpulan utama stakeholders :

  1. Orang Awam – Dapatkan informasi seperti status projek yang sedang dirancang, dilaksanakan atau telah siap.
  2. Kontraktor/juruperunding – Akses maklumat penting seperti kenyataan tender/sebutharga dan penerbitan berkaitan informasi teknikal.
  3. Warga JKR KESEDAR – Platform untuk komunikasi dalaman dan pengurusan maklumat jabatan.

Bagi juruperunding dan kontraktor, maklumat seperti kenyataan tender dan penerbitan berkaitan informasi teknikal akan disediakan. Sementara itu, orang awam boleh mendapatkan maklumat berkaitan hebahan yang dibuat dari semasa ke semasa oleh JKR KESEDAR. Pautan utama dan direktori pegawai juga disediakan untuk memudahkan orang ramai berhubung dengan pihak berkenaan.

Kami berharap agar pengguna dapat memanfaatkan sepenuhnya laman web yang penuh dengan maklumat ini. Kami juga mengalu-alukan sebarang aduan, pertanyaan, maklum balas, dan cadangan yang membina demi penambahbaikan perkhidmatan kami. Setiap cadangan yang diterima akan dihargai dan kami berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda.

JKR KESEDAR bukan sahaja merupakan jabatan teknikal kerajaan, malah kami juga bertekad untuk menjadi agensi pelaksana terbaik di negara ini. Kami komited untuk terus memperbaiki perkhidmatan di setiap bidang yang dipertanggungjawabkan kepada kami.

Ir. RIZALMAN BIN DARUS
Pengarah JKR KESEDAR

  • Perutusan Pengarah
  • Sejarah Jabatan
  • Pengarah Terdahulu
  • Objektif, Visi dan Misi
  • Logo JKR
  • Carta Organisasi
  • Direktori Staf
    • Pegawai Atasan
    • Pegawai Kanan
    • Pegawai & Kakitangan
  • Piagam Pelanggan
  • Anugerah / Pencapaian

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Kerja Raya KESEDAR | Kemaskini Terakhir Pada : 21/10/2026 @ 9:36 am

Hubungi Kami

JKR KESEDAR,
Jalan Chempaka Merah,
17500 Tanah Merah,
Kelantan.
No Telefon : 09-9554009, 09-9557057
No Faks: 09-9555089
Emel : jkrkesedartanahmerah@gmail.com

Jumlah Pengunjung

432456
Users Today : 175
Users Yesterday : 152
This Month : 3901
Who's Online : 2

Kod QR JKR KESEDAR

  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Peta Laman