Unit JKR KESEDAR telah menerima kunjungan Audit Dalaman Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) pada 8 Julai 2013 (Isnin). Audit OSH kali ini menggabungkan JKR Kelantan dan Unit JKR KESEDAR dengan Majlis Pembukaan yang telah diadakan di JKR Kelantan, Kota Bharu.
Setelah majlis selesai, auditor bagi Unit JKR KESEDAR iaitu En Raja Rusdy Irwan Bin Raja Hussin, bertolak ke pejabat Unit JKR KESEDAR di Tanah Merah. Beliau telah diberi taklimat ringkas berkenaan Unit JKR KESEDAR oleh Ketua Penolong Pengarah Utara (KPPU), Ir Adnan Bin Abd Ghani, dan diikuti taklimat berkenaan OSHA di pejabat Unit JKR KESEDAR oleh En Mohd Iskandar Zulkarnain Bin Azmi, Ketua Pasukan OSHA. Selesai taklimat, auditor menjalankan pemeriksaan di sekitar pejabat
