Pengarah Unit JKR KESEDAR telah menandatangani borang NCP ke atas penemuan audit penerimaan jalan yang dilaksanakan oleh pasukan Audit cawangan Senggara Fasiliti Jalan JKR Ibupejabat. Audit di tapak projek berlangsung selama tiga hari bermula 26 September yang lalu.
Projek Jalan Kg Berdang Ke Kg Sg Rual Melayu Ke Kg Sg Rual sejauh 6 km termasuk pembinaan tiga jambatan telah siap dibina dan pra syarat penerimaan jalan terbabit ialah perlu melepasi audit penerimaan yang dijalankan ini. Tujuan audit ini adalah melihat sudut kefungsian, keselamatan dan mutu kerja. Langkah ini adalah bagi memastikan penyampaian projek JKR bermutu dan menepati standart yang telah ditetapkan.




