Pengarah JKR KESEDAR, Ir. Khairul Nizan Bin Khairudin telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Wilayah KESEDAR Jeli – Tanah Merah pada hari Selasa, 4 Oktober 2022. Ketibaan delegasi JKR KESEDAR telah disambut oleh Pengurus Wilayah KESEDAR Jeli – Tanah Merah, Encik Mohd Husnifaisal Bin Ramli serta pegawai-pegawai KESEDAR.
Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk berkongsi maklumat secara langsung bersama rakan strategik berhubung kemajuan projek fizikal yang sedang dilaksanakan selain merapatkan ukhwah antara satu sama lain. Lawatan ini dimulai dengan taklimat pembangunan di Wilayah KESEDAR Jeli – Tanah Merah yang disampaikan oleh pengurus wilayah.
Diharap dengan adanya lawatan ini, dapat memudahkan proses kerja serta komunikasi dua hala antara JKR KESEDAR dan Pejabat KESEDAR Wilayah Jeli – Tanah Merah.

















