• Utama
  • PENGENALAN JABATAN
    • Perutusan Pengarah
    • Sejarah Jabatan
    • Pengarah Terdahulu
    • Objektif, Visi dan Misi
    • Logo JKR
    • Carta Organisasi
    • Direktori Staf
      • Pegawai Atasan
      • Pegawai Kanan
      • Pegawai & Kakitangan
    • Piagam Pelanggan
    • Anugerah / Pencapaian
  • PERKHIDMATAN
    • Perkhidmatan Utama
    • Arahan KPKR
    • Arahan Perbendaharaan
    • Spesifikasi Piawaian JKR Untuk Kerja Bangunan
    • Jadual Kadar Harga
    • Arahan Teknik-Cawangan Jalan
  • HUBUNGI KAMI

MAJLIS KECEMERLANGAN UNIT JKR KESEDAR 2013

29/01/2014Abdul Hadi Abdul RazakBerita, Uncategorized

Pada 8 Januari 2014, Unit JKR KESEDAR telah mengadakan Majlis Kecemerlangan peringkat Unit JKR KESEDAR bagi tahun 2013 yang telah diadakan di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan. Majlis diadakan bertujuan untuk meraikan para kakitangan yang mencapai kecemerlangan sepanjang tahun 2013 disamping untuk menghargai kakitangan yang telah bertukar dan yang akan bersara.

Majlis bermula dengan ketibaan Pengarah Unit JKR KESEDAR, Hj Nik Burhanuddin B. Nik Yusoff, Pengurus Besar KESEDAR, Ketua Penolong Pengarah Utara, Ketua Penolong Pengarah Selatan, Para Jemputan Kehormat dan Pegawai-pegawai kanan ke dalam dewan. Bacaan doa dialunkan oleh En Mohd Ibrahim B. Jamal Khan bagi memberkati majlis dan diteruskan dengan Ketua Penolong Pengarah Selatan, En Nik Soh B. Yaacob merangkap Pengerusi Majlis Kecemerlangan Unit JKR KESEDAR 2013 menyampaikan ucapan alu-aluan. Seterusnya ucapan perasmian oleh Pengarah Unit JKR KESEDAR. Semua hadirin menjamu selera sambil dihiburkan dengan tayangan persembahan multimedia yang memaparkan warna warni Unit JKR KESEDAR sepanjang tahun 2013.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah & penghargaan berikut;

  • cabutan bertuah
  • anugerah sukan kejohanan  Majlis Sukan JKR Kelantan (MSK)
    • sukan Bola Sepak, Sepak Takraw, Pingpong, Bowling Wanita dan Bola Tampar
  • anak cemerlang UPSR dan PMR 2013
  • persaraan dan pertukaran kakitangan sepanjang tahun 2013
  • Amalan Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) Terbaik – Unit Utara 3
  • Anugerah Tokoh Unit JKR KESEDAR bagi sesi Januari-Jun 2013 dan Julai-Disember 2013 yang melibatkan kategori Gred J41 & J44, kategori sokongan I dan kategori sokongan II
  • Amalan 5S kepada AJK Induk, Fasilitator dan Ketua Kumpulan
  • Anugerah Kontraktor Cemerlang Peringkat JKR Malaysia 2013 –  Syarikat Chengal Jati Enterprise (Dato Ir Shaari B. Hassan)
  • Anugerah Pengurusan Pembinaan Terbaik Projek Jalan Reka & Bina Peringkat JKR Malaysia 2013 – pasukan projek  dari Kg. Berdang ke Kg. Sg. Rual Melayu

Kemuncak majlis adalah penyampaian cenderahati kenang-kenangan oleh KPPU dan KPPS kepada Hj Nik Burhanuddin Bin Nik Yusoff, sempena pertukaran beliau ke JKR Kelantan bermula 3 Februari 2014. Majlis diakhiri dengan tayangan video yang memaparkan sejarah perkhidmatan Tuan Pengarah dan momen-momen indah sepanjang beliau berkhidmat di Unit JKR KESEDAR.

Sila kunjungi Facebook Unit JKR KESEDAR untuk gambar-gambar Majlis Kecemerlangan.

Previous Post PENSIJILAN AMALAN 5’S PERSEKITARAN BERKUALITI Next Post LAWATAN KERJA KSU KKLW KE PROJEK BERDANG

Arkib Berita

  • October 2026 (1)
  • September 2026 (3)
  • August 2026 (4)
  • July 2026 (4)
  • June 2026 (3)
  • April 2026 (3)
  • March 2026 (1)
  • January 2026 (1)
  • December 2025 (3)
  • November 2025 (2)
  • October 2025 (2)
  • September 2025 (4)
  • August 2025 (2)
  • July 2025 (3)
  • June 2025 (4)
  • May 2025 (3)
  • April 2025 (6)
  • March 2025 (3)
  • February 2025 (7)
  • January 2025 (7)
  • December 2024 (1)
  • November 2024 (2)
  • October 2024 (4)
  • September 2024 (6)
  • August 2024 (2)
  • July 2024 (2)
  • May 2024 (1)
  • April 2024 (1)
  • February 2024 (2)
  • January 2024 (2)
  • December 2023 (3)
  • November 2023 (1)
  • October 2023 (4)
  • August 2023 (5)
  • July 2023 (2)
  • June 2023 (1)
  • April 2023 (2)
  • March 2023 (8)
  • January 2023 (1)
  • November 2022 (1)
  • October 2022 (3)
  • September 2022 (2)
  • August 2022 (6)
  • July 2022 (2)
  • June 2022 (1)
  • May 2022 (1)
  • April 2022 (5)
  • March 2022 (4)
  • February 2022 (3)
  • January 2022 (2)
  • December 2021 (3)
  • November 2021 (2)
  • October 2021 (2)
  • August 2021 (6)
  • July 2021 (2)
  • June 2021 (1)
  • March 2018 (3)
  • February 2018 (11)
  • January 2018 (3)
  • December 2017 (1)
  • October 2017 (7)
  • September 2017 (5)
  • August 2017 (1)
  • July 2017 (4)
  • June 2017 (1)
  • May 2017 (7)
  • July 2016 (1)
  • June 2016 (1)
  • March 2016 (2)
  • February 2016 (2)
  • January 2016 (2)
  • June 2015 (1)
  • April 2015 (3)
  • November 2014 (1)
  • October 2014 (1)
  • June 2014 (1)
  • May 2014 (1)
  • March 2014 (1)
  • February 2014 (2)
  • January 2014 (1)
  • November 2013 (1)
  • July 2013 (6)
  • June 2013 (3)
  • May 2013 (3)
  • April 2013 (1)
  • February 2013 (1)
  • January 2013 (2)
  • December 2012 (1)
  • October 2012 (1)
  • August 2012 (1)
  • July 2012 (1)

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Kerja Raya KESEDAR | Kemaskini Terakhir Pada : 25/10/2026 @ 10:08 am

Hubungi Kami

JKR KESEDAR,
Jalan Chempaka Merah,
17500 Tanah Merah,
Kelantan.
No Telefon : 09-9554009, 09-9557057
No Faks: 09-9555089
Emel : jkrkesedartanahmerah@gmail.com

Jumlah Pengunjung

432883
Users Today : 275
Users Yesterday : 327
This Month : 4328
Who's Online : 2

Kod QR JKR KESEDAR

  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Peta Laman