Pada 17 Mac 2013, Mesyuarat Agong Kelab Sukan dan Kebajikan kali ke-20 peringkat unit JKR KESEDAR telah diadakan di Bilik Wawasan, Unit JKR KESEDAR, Tanah Merah, Kelantan. Mesyuarat Agong ini telah dihadiri oleh Yang Dipertua Kelab, Naib Yang Dipertua I, Naib Yang Dipertua II, Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, Semua AJK sesi 2011/2012 dan Semua ahli kelab dari Unit JKR KESEDAR Tanah Merah dan Gua Musang.
Mesyuarat Agong ini dimulakan dengan ucapan Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan Unit JKR KESEDAR, Tuan Haji Nik Burhanuddin Nik Yusoff dan seterusnya mengesahkan minit Mesyuarat Agong kali ke-19.
Setiausaha Kehormat Kelab Sukan dan Kebajikan Unit JKR KESEDAR, En Mohd Apandi Abdullah membentang dan menerima Laporan aktiviti Kelab Sukan dan Kebajikan yang telah dilaksanakan dengan jayanya bagi tahun 2012.
Bendahari Kehormat Kelab Sukan dan Kebajikan Unit JKR KESEDAR, Puan Rosilawati Haron membentang dan menerima Laporan kewangan Kelab Sukan dan Kebajikan yang berakhir pada 31 Disember 2012.
Yang Dipertua Kelab telah melucutkan semua Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan bagi sesi 2011/2012 bagi melakukan pemilihan Ahli Jawatankuasa baru bagi sesi 2013/2014. Pemilihan Ahli Jawatankuasa sesi 2013/2014 telah dilakukan dengan jayanya.
Dalam Mesyuarat Agong ini, beberapa usul telah dikemukakan dan telah dibahaskan oleh Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua I & II
Mesyuarat Agong diakhiri dengan ucapan penutup dan penangguhan mesyuarat oleh Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan Unit JKR KESEDAR.
