18.07.2017, Selasa :- Majlis penyerahan Projek Pembaikan Cerun Sekolah Kebangsaan Sri Mahligai, Kuala Krai, Kelantan telah diadakan dengan jayanya dan disempurnakan oleh wakil Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang diwakili oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Krai dan Pengarah JKR KESEDAR. Turut hadir dalam Majlis ini adalah wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN) dan Guru Besar Sek Keb Sri Mahligai.
Projek ini telah Berjaya disiapkan melalui konsep 3 dalam 1 iaitu siap dalam tempoh yang ditetapkan, penutup akaun dan ketersediaan lukisan siap bina.
Dalam ucapan Pengarah JKR KESEDAR, Beliau mengucapkan tahniah di atas kejayaan ini yang sudah tentu hasil dari kesepakatan kerjasama antara kontraktor, pelanggan dan JKR KESEDAR selain dari amalan pengurusan projek yang berkesan.
Ketua Pegawai Pendidikan daerah Kuala Krai juga dalam ucapanya menzahirkan tahniah dan percaya amalan PDCA (Plan, Do, Check & Action) telah diamalkan sepenuhnya oleh pihak-pihak yang terlibat.
Kejayaan ini juga membuktikan aspirasi kerajaan dalam penambahbaikan penyampaian projek secara 3 dalam 1 bukanlah mustahil untuk dicapaisekiranya semua pihak memainkan peranan dan mengutamakan kesempurnaan.
Tahniah kepada Kontraktor NAS MY CONTRUCTION SDN BHD atas kejayaan projek ini.






