Pada 29 Oktober 2014, satu perjumpaan antara pihak pengurusan dengan pegawai dan kakitangan unit JKR KESEDAR telah diadakan dengan jayanya. Perjumpaan ini adalah yang pertama untuk pemangku pengarah iaitu Ketua Penolong Pengarah Utara, En Ir Adnan Bin Abd Ghani.
Beberapa amanat untuk pegawai dan kakitangan telah disampaikan oleh beliau bagi meningkatkan prestasi dan produktiviti kerja beserta hal-hal lain. Pelbagai isu juga diusulkan demi keharmonian bersama antara pihak pengurusan dengan pegawai dan kakitangan pejabat ini.
Majlis ini selesai sepenuhnya pada pukul 12.00 tengah hari.
Sila kunjungi Facebook Unit JKR KESEDAR untuk gambar-gambar aktiviti program.
