Pada 7 Julai (Ahad), Biro Wanita, Kelab Sukan dan Kebajikan, Unit JKR KESEDAR, telah menganjurkan Program Jalinan Muhibbah dan Bengkel Masakan sebagai salah satu aktiviti biro bagi tahun 2013. Program telah diadakan di Dewan Rahmat, KESEDAR, Gua Musang. Program ini mendapat sambutan baik dengan penyertaan seramai 26 orang yang terdiri daripada ahli-ahli biro dan juga staf wanita JKR KESEDAR, dari pejabat Tanah Merah dan juga Gua Musang.
Program bermula pukul 2.oo petang dengan sesi pendaftran dan jamuan makan tengahari. Seterusnya, sesi bengkel masakan dimulakan dengan chef jemputan yang berpengalaman, dikenali sebagai Kak Sah. Resepi yang dipelajari adalah Kuih Nangka Emas, Puding Trifle dan juga Nasi Arab. Program berakhir pada 4.30 petang dengan penyampaian cenderamata kepada Kak Sah oleh Ketua Biro Wanita, Cik Intan Salwani Binti Abdul Kadir.
