15.5.2017, Ahad :- Selamat datang dan selamat bertugas kepada Tuan Haji Zainal Bin Abd Rahman, Jurutera Awam Kanan J48 di Unit JKR Kesedar.
Beliau sebelum ini adalah Jurutera Daerah JKR Pasir Puteh dan akan menggantikan tempat yang dikosongkan oleh Ir Adnan Bin Abd Ghani yang telah dinaikkan pangkat ke Jurutera Awam Penguasa J52 sebagai Jurutera Daerah di JKR Bentong, Pahang.
Pengalaman luas beliau diperingkat JKR Daerah dan di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan akan dapat memperkasakan lagi pencapaian pejabat ini selaras tema “Work As One..Together We Deliver”.
Seluruh warga Unit JKR Kesedar mengucapkan selamat bertugas.
