Sukacita dimaklumkan bahawa Ybrs Zainal Bin Abdul Rahman, Jurutera Awam Kanan J48 telah dinaikkan pangkat sebagai Jurutera Awam Penguasa J52 dan telah ditempatkan di Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Unit JKR KESEDAR amat terasa akan kehilangan beliau yang begitu komited dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.
Seluruh warga Unit JKR KESEDAR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau diatas perlantikan ini. Dengan pengalaman dan kewibawaan yang beliau miliki akan memacu Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia dengan lebih gemilang.

