Pada 27 Januari 2013, Taklimat Menuju Kecemerlangan Tahun 2013 Unit JKR KESEDAR telah diadakan di Dewan Wawasan dan telah dihadiri seramai 150 orang kakitangan Unit JKR KESEDAR Tanah Merah dan Gua Musang. Acara penuh protokol ini dimulai dengan ketibaan pegawai-pegawai kanan Unit JKR KESEDAR yang diketuai oleh Pengarah Unit JKR KESEDAR Tuan Hj Nik Burhanuddin Nik Yusoff, diiringi oleh En Adnan Abd Ghani (Ketua Penolong Pengarah Utara) dan En Nik Soh Yaacoub (Ketua Penolong Pengarah Selatan).
Acara diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Warisan. Bacaan doa oleh En Amran Ismail bagi memberkati majlis dan seterusnya penyampaian amanat untuk tahun 2013 oleh Pengarah Unit JKR KESEDAR kepada semua kakitangan yang hadir. Dalam majlis ini juga, pelancaran secara rasmi laman web unit JKR Kesedar dilancarkan disamping beberapa penyampaian anugerah seperti Anugerah Tokoh Unit JKR KESEDAR, Anugerah Amalan SPK Terbaik dan Sumbangan Anak-Anak cemerlangan bagi kakitangan Unit JKR KESEDAR. Seterusnya majlis selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W sempena Sambutan Maulidur Rasul 1434H/2013M dan diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.
