JOHOR BAHRU, 10 Disember 2025 | JKR KESEDAR hari ini turut menyertai Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2025 yang berlangsung di Persada Johor, International Convention Centre, Johor Bahru. Majlis kemuncak telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datoβ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya.
Majlis perasmian HPTN 2025 turut dihadiri oleh Menteri Besar Johor, Ketua Pengarah Kerja Raya, KSU Kementerian Kerja Raya, YB Exco Kerja Raya Negeri Johor dan pegawai-pegawai teknikal daripada pelbagai agensi kerajaan dan pihak swasta.
Sambutan bertemakan βMengorak Inovasi Masa Depan – Demi Kemanusiaanβ ini berlangsung selama dua (2) hari, bermula 10 hingga 11 Disember 2025, sebagai platform menghimpunkan para profesional teknikal dari seluruh negara bagi memperkukuh kepakaran, memperkasa jaringan strategik serta memacu agenda inovasi nasional.
YBrs. Ir. Rizalman bin Darus, Pengarah JKR KESEDAR, turut hadir bersama barisan pegawai teknikal jabatan bagi menyokong aspirasi Jabatan Kerja Raya dalam mempertingkat profesionalisme serta menyahut komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan peranan profesion teknikal dalam pembangunan negara.
HPTN 2025 menjadi manifestasi kecemerlangan dan dedikasi warga teknikal dalam menerajui solusi masa depan, seiring transformasi dan hala tuju pembangunan negara berteraskan inovasi serta kepentingan kemanusiaan.
ππππππ ππππππππππ πππππππππ πππ πππππππ ππππππ πππππ ππππππππππ πππππ πππππ (ππππ)
ππππππ ππππππππππ ππππππ ππππππππ ππππππ πππππππππ πππππ, πππ ππππππ, ππππππππ







