27 April 2026 | Isnin | Pengarah JKR KESEDAR telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Kunjungan hormat ini turut mengambil kesempatan untuk mengadakan sesi libaturus dan perbincangan mengenai Projek Pembinaan Jalan Masuk Dari Simpang Ladang Serasa Ke Kg. Lulut, Mukim Kuala Sungai, Gua Musang, Kelantan.
Sesi libaturus tersebut telah disertai oleh pegawai-pegawai JKR KESEDAR dan pegawai-pegawai ICU JPM Kelantan. Turut hadir sama adalah wakil daripada Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) Negeri Kelantan.




