Pada 21 September 2026, telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Membina Baharu Sebuah Pejabat Operasi Sungai Satan serta Kerja-Kerja Berkaitan di Jeli, Kelantan, oleh JKR KESEDAR kepada Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).
Penyerahan ini menandakan projek tersebut telah berjaya disempurnakan dan kini sedia dimanfaatkan bagi menyokong kelancaran operasi serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan KESEDAR di kawasan berkenaan.
Kejayaan projek ini turut mencerminkan komitmen serta kecemerlangan teknikal JKR dalam memastikan setiap peringkat pelaksanaan projek diurus dan dipantau dengan teliti, selaras dengan spesifikasi, standard kualiti dan keperluan pelanggan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak KESEDAR, pasukan projek JKR KESEDAR, kontraktor serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sehingga projek ini berjaya disiapkan dan diserahkan.
Semoga kemudahan baharu ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta memberikan nilai tambah kepada perkhidmatan KESEDAR dan masyarakat setempat.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )











