Sesi Audit Dalaman Sistem Pengurusan Anti Rasuah (SPAR) MS ISO 37001:2025 JKR Malaysia Tahun 2026 telah dilaksanakan di JKR KESEDAR bermula 14 hingga 16 Julai 2026.
Pelaksanaan audit ini dikendalikan oleh Pasukan Audit SPAR daripada Bahagian Integriti, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam memastikan sistem pengurusan anti rasuah sentiasa dipatuhi, diperkemas dan dilaksanakan secara berkesan di peringkat jabatan.
Audit dalaman ini bertujuan menilai tahap pematuhan terhadap keperluan standard SPAR, mengenal pasti ruang penambahbaikan serta memperkukuh amalan tadbir urus, integriti dan ketelusan dalam penyampaian perkhidmatan.
Komitmen seluruh warga JKR KESEDAR dalam menjayakan pelaksanaan audit ini amat dihargai sebagai langkah memperkukuhkan budaya kerja berintegriti dan bebas rasuah selaras dengan aspirasi JKR Malaysia.












