24 Julai 2025 |Khamis| Hari ini telah diadakan Audit Dalaman Akauntabiliti Indeks (AI) Pengurusan Kenderaan Kerajaan di JKR KESEDAR bagi Tahun 2025. Audit ini telah dijalankan oleh pegawai-pegawai daripada Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Audit ini merupakan satu langkah penambahbaikan berterusan dalam memastikan pengurusan aset kerajaan, khususnya kenderaan jabatan, dilaksanakan secara efisien, telus dan bertanggungjawab selaras dengan dasar serta peraturan semasa.
Pelaksanaan audit ini turut menjadi medan penilaian ke atas keberkesanan sistem kawalan dalaman dan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan audit pada kali ini.












