Bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Tahun 2025, JKR KESEDAR melalui Biro Sukan, Kelab Sukan & Kebajikan (KSK) telah menganjurkan Program Brisk Walk sebagai inisiatif untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja.
Liga Sepakan Penalti juga turut diadakan oleh JKR Tanah Merah yang disertai oleh JKR KESEDAR pada hari ini.
Program ini diadakan sebagai salah satu usaha menyokong matlamat Hari Sukan Negara 2025 yang bertemakan Malaysia Aktif iaitu memperkasakan budaya bersukan dan aktiviti fizikal secara menyeluruh dalam kalangan rakyat Malaysia.
Aktiviti sukan bukan sahaja memberi manfaat dari segi kesihatan fizikal, malah turut memupuk semangat kekitaan dan perpaduan dalam kalangan peserta. Penyertaan yang memberangsangkan daripada warga JKR KESEDAR telah menyerikan lagi program ini.






