Jeli, 03 Ogos 2026 – Telah berlangsung Sesi Libat Urus antara JKR KESEDAR dan Tenaga Nasional Berhad (TNB Genco) berkaitan Projek Jambatan Sungai Nibong, Jeli, Kelantan bertempat di Bilik Mesyuarat, Stesen Janakuasa, Pergau, Jeli, Kelantan. Sesi libat urus ini telah dihadiri oleh Jurutera Awam Kanan (O) dan pegawai-pegawai teknikal JKR KESEDAR serta pegawai-pegawai TNB Genco Kelantan.
Sesi libat urus ini diadakan sebagai platform bagi memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara pihak-pihak berkepentingan melalui perbincangan berhubung penyelarasan pengurusan projek, di samping meneliti isu serta cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan projek-projek di bawah JKR KESEDAR.
Sesi libat urus ini juga berperanan sebagai medium untuk memperkukuh jaringan kerjasama dan komunikasi antara agensi-agensi yang terlibat, sekali gus meningkatkan keberkesanan penyelarasan dalam pelaksanaan projek pembangunan. Melalui kerjasama yang erat dan komitmen bersepadu daripada semua pihak, penyampaian perkhidmatan awam dapat dipertingkatkan serta pelaksanaan projek kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, berkualiti dan memberi manfaat optimum kepada rakyat.



