28/04/2024 | Majlis Penyerahan projek kepada Wakil Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Masjid Al Rahmaniah.
Tarikh milik tapak projek ini adalah pada 10 Ogos 2023 dan telah mendapat Perakuan Siap Kerja (CPC) pada 14 Mac 2024. Projek ini diselia oleh Bahagian Operasi Zon Utara 2 JKR KESEDAR.
Skop Projek ini merangkumi :-
1. Membaikpulih bangunan Masjid sedia ada.
2. Penstabilan cerun.
3. Membina Tandas baru 8 bilik tandas lelaki dan perempuan yang , 1 bilik bagi orang kelainan upaya (OKU) bagi lelaki dan perempuan dan 1 bilik tandas utama untuk tetamu jemputan khas yang berjumlah 19 bilik tandas kesemuanya.
4. Kerja-kerja Elektrik.
Semoga dengan siapnya projek ini, ia dapat memberi manfaat kepada penduduk sekitar dan pengguna jalan raya yang menggunakan FT066 Jalan Jeli – Dabong – Gua Musang untuk transit melepaskan lelah bagi perjalanan yang jauh.









