Pada pagi ini telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan & Kebajikan (KSK) JKR KESEDAR Kali Ke-31 bertempat di Dewan Wawasan JKR KESEDAR Tanah Merah.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua KSK, Ir. Rizalman bin Darus.
Pada mesyuarat ini, Setiausaha Kehormat KSK bagi sesi 2024/2025, Ir. Noor Hartini Binti Mat telah membentangkan laporan aktiviti tahunan serta penyata kewangan bagi tahun berakhir 2024. Mesyuarat seterusnya membahaskan usul dan cadangan daripada ahli KSK.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada kakitangan JKR KESEDAR yang menyambut hari lahir pada bulan Februari.














