Mesyuarat Pra Pembinaan bagi Projek Pembinaan Jalan Masuk dari Simpang Ladang Serasa Ke Kg. Lulut, Mukim Kuala Sungai, Gua Musang, Kelantan telah diadakan pada 03 Januari 2024 di JKR KESEDAR Gua Musang. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah JKR KESEDAR, Ir. Ramendra Loganathan selaku pegawai penguasa projek ini. Kontraktor yang dilantik adalah Kubang Batang Puspa – Sari Sdn. Bhd.
Skop utama projek ini adalah menaiktaraf jalan tanah merah sepanjang 13.55KM kepada jalan berturap. Antara skop projek ini juga melibatkan pembinaan jambatan sebanyak 6 buah.
Terdahulu, Satu Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa dan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek-projek Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang dilaksanakan oleh Cawangan Jalan, JKR Malaysia telah berlangsung di tingkat 5, Blok F, Ibu Pejabat JKR Malaysia Kuala Lumpur pada hari Selasa, 02 Januari 2024.







