Adalah dimaklumkan bahawa Ir. Khairul Nizan Bin Khairudin, Pengarah JKR Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (JKR KESEDAR) ditukarkan ke Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia sebagai Jurutera Awam Penguasa Kanan memangku Gred J54 berkuatkuasa mulai 16 Oktober 2023.
Sehubungan itu, En. Saifulmizam Bin Abdul Majid, Jurutera Awam Kanan Gred J48 JKR Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (JKR KESEDAR) diarah menjalankan tugas Pengarah JKR Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (JKR KESEDAR) di samping menjalankan tugas hakiki En. Saifulmizam Bin Abdul Majid berkuatkuasa pada 16 Oktober 2023 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

