JKR KESEDAR menerima pelajar latihan industri dari bidang Kejuruteraan Awam, Elektrik, Mekanikal, Ukur Bahan dan juga Senibina. Namun, tempat yang disediakan adalah terhad iaitu seramai 20 orang setahun. Permohonan adalah terbuka kepada pelajar-pelajar di peringkat Sijil, Diploma dan Sarjana Muda dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Tempatan/Swasta.
Permohonan latihan industri boleh dibuat melalui capaian di https://internship.jkr.gov.my/
Bagi pelajar peringkat Sijil yang ingin mengikuti latihan industri perlu mengemukakan surat permohonan pelajar terus ke pejabat dan tidak perlu memohon melalui Sistem Internship JKR. Pelajar perlu membuat permohonan selewat-lewatnya satu (1) bulan sebelum tarikh latihan industri bermula.
Bagi pelajar-pelajar yang berminat untuk menjalani latihan industri dipejabat ini bolehlah mengemukakan permohonan dengan menghantar :-
- Surat Permohonan Latihan Industri daripada Institusi Pengajian
- Resume/Biodata Diri Pelajar
- Transkrip Peperiksaan
- Gambar Berukuran Pasport.
JKR KESEDAR,
Jalan Chempaka Merah,
17500 Tanah Merah,
Kelantan.
Atau pun melalui permohonan secara atas talian dialamat seperti berikut :- https://internship.jkr.gov.my/ dengan mengemukakan beberapa dokumen seperti diatas.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh rujuk kepada Ir. Raja Yuswari Bin Raja Soh dan En. Mohd Akmal Bin Mohd Zin di talian No Telefon : 09-9554009, atau Emel : yuswari@jkr.gov.my atau akmalzin@jkr.gov.my
