29 April 2025│Selasa│Pagi tadi telah berlangsung Program Jerayawara ECKM JKR Malaysia secara hybrid di Dewan Wawasan JKR KESEDAR Tanah Merah.
Program ini telah disampaikan oleh Ir. Ts. Hawa Liza binti Zahari, Jurutera Awam Kanan dan dibantu oleh En. Jason Lim Boon Seng, Jurutera Awam daripada Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), lbu Pejabat JKR Malaysia.
Program ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada warga JKR KESEDAR mengenai pengurusan pengetahuan melibatkan proses, teknologi, dan budaya organisasi yang bekerjasama untuk memastikan maklumat yang betul berada di tangan orang yang betul pada masa yang sesuai.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak ECKM, CPAB selaku urus setia bersama dan juga warga JKR KESEDAR yang merealisasikan program ini.





