Di hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita menghayati erti sebenar pengorbanan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. dalam menunaikan perintah Allah SWT. Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi satu pengajaran tentang pengorbanan, keikhlasan, ketabahan, dan ketaatan kepada Yang Maha Esa.
Semoga setiap ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT dan menjadi asbab untuk kita mendekatkan diri kepada-Nya. Marilah kita terus berdoa agar diberi kekuatan untuk berkorban demi kebaikan agama, bangsa dan negara.
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.
Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga JKR KESEDAR.

